Seorang parah, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan

Seorang parah, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan

Kudat: Tiga cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sikuati, Batu 4, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.56 pagi.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, Proton Saga dan lori.

“Terdapat lima mangsa terbabit, seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun iaitu pemandu Perodua Myvi tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dua mangsa penumpang Perodua Myvi yang cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu Proton Saga dan lori tidak mengalami kecederaan.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 10.39 pagi tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|