Senario Tenom tidak lemahkan semangat kempen parti BN/GRS: Raime

Senario Tenom tidak lemahkan semangat kempen parti BN/GRS: Raime

Tenom: Jentera parti BN dan GRS di Tenom diminta terus merapatkan ukhuwah dalam perjuangan memenangkan calon BN di Parlimen P.181 Tenom.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, semua pihak baik pucuk pimpinan bahagian dan jentera parti diminta bertenang mendepani cabaran sepanjang berkempen.

Menurut beliau, insiden salah seorang calon lain yang masuk ke parti mesra kerajaan dan sekaligus bertentangan keharmonian gabungan itu tidak boleh diambil kira sebagai ‘bahan’ melemahkan semangat.

“Ya, kita agak terkejut dengan sandiwara politik mereka apatah lagi kita sememangnya sudah sebulat hati untuk menjaga persahabatan gabungan ini.

“Tetapi saya yakin dan percaya, insiden seperti ini tidak melemahkan semangat kami di Tenom bahkan terus maju ke hadapan memenangkan calon BN kita, saudara Jamawi Jaafar, ” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, semalam, senario politik di kempen Parlimen P.181 Tenom semakin hangat apabila salah seorang calon, Riduan Rubin diterima masuk sebagai ahli Parti Kedamaian Demokratik Malaysia (PKDM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|