Semua PPS di daerah Pitas ditutup

Semua PPS di daerah Pitas ditutup

Pitas: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di daerah Pitas ditutup sepenuhnya, hari ini.

Penutupan bermula jam 12 tengah hari itu termasuk dua PPS yang menempatkan 559 mangsa daripada 183 keluarga.

Pusat penempatan sementara ditutup selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN) berkata, setakat jam 10 pagi hari ini, PPS Dewan Kampung Sinukab kekal merekodkan seramai 510 mangsa banjir meliputi 170 keluarga.

Manakala katanya, 49 lagi mangsa banjir membabitkan 13 keluarga berada di PPS Kampung Kusilad.

Terdahulu, dua PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll dan Dewan SK Rukom ditutup semalam sekaligus menunjukkan situasi banjir di daerah Pitas semakin pulih.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|