Sejam tahan sakit, kemaluan tersekat di zip seluar

Sejam tahan sakit, kemaluan tersekat di zip seluar

Membakut: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa berdepan azab kesakitan hampir sejam selepas kemaluannya tersepit di zip seluar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, kanak-kanak terbabit dibawa ke Klinik Kesihatan Membakut untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 3 anggota dan pegawai bersama kenderaan RRV dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di Klinik Kesihatan Membakut, pasukan operasi mendapati kemaluan mangsa masih tersepit dizip seluar.

“Pasukan Bomba terus bertindak memotong zip berkenaan dan melonggarkan bahagian yang tersepit,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.50 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|