Sabah sudah menerima 85 peratus liputan internet

Sabah sudah menerima 85 peratus liputan internet

Kota Kinabalu: Liputan internet di Sabah ketika ini sudah mencapai 85 peratus dan usaha untuk menjadikan seluruh negeri diliputi internet terus dilakukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) Datuk Yakub Khan berkata, program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) ketika ini sedang dilaksanakan di Sabah.

Yakub pada sidang akhbar selepas melancarkan Digital Internet Kebendaan (IoT) Sandbox di SICC, Kota Kinabalu.

Katanya, setakat ini pelaksanaan JENDELA mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka akan selesai sehingga hujung tahun ini.

“Saya yakin dan percaya ia akan dapat menyelesaikan (liputan internet) malah pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga telah membuat kajian melihat kepada kawasan yang masih ada kelompongan atau tercicir daripada perancangan JENDELA dan kita ada kelompongan sebanyak 10 peratus.

“Saya sendiri bersama Setiausaha Tetap (SUT) telah pun mengadakan mesyuarat dengan Menteri KKMM dan kita mengutarakan isu ini dan mereka telah turun membuat kajian terperinci,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Digital Internet Kebendaan (IoT) Sandbox di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari.

Katanya lagi, dengan kajian itu ia sekali gus akan membantu menjadikan Sabah menerima liputan 100 peratus internet.

“InsyaAllah ini akan membantu kita untuk menjadikan Sabah meliputi 100 peratus internet dan ketika ini 85 peratus,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan bahawa masalah internet yang dihadapi rakyat di beberapa kawasan ketika ini adalah berpunca daripada pengubahusaian atau usaha menaik taraf rangkaian 3G kepada 4G.

“3G itu sudah ditiadakan dan dinaik taraf kepada 4G, jadi kini ia dalam proses naik taraf dan sudah tentu ada gangguan.

“InsyaAllah apa yang kita perhatikan, dalam proses ini kerja-kerja berjalan lancar dan kawasan-kawasan yang dinaik tarad telah pun kita baik pilih ke tahap 4G,” katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah dan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|