Sabah FC vs JDT: Lebih 20,000 penonton disasarkan hadir

Sabah FC vs JDT: Lebih 20,000 penonton disasarkan hadir

Kota Kinabalu: Beli tiket awal dan digalakkan datang ke Stadium Likas seawal jam 5 petang untuk mengelakkan kesesakan.

Ia bagi menggalakkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Likas, di sini, untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC yang menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT), 15 Julai ini.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, penjualan tiket secara atas talian akan dibuka bermula hari ini.

Manakala katanya, bagi penjualan tiket fizikal pula akan mula dijual pada 14 Julai depan di Stadium Likas namun terhad kepada 3,000 tiket saja.

“Penjualan tiket fizikal yang bermula jam 10 pagi itu juga hanya terhad kepada dua tiket bagi setiap pembelian.

“Penonton juga digalakkan hadir ke stadium seawal jam 5 petang pada hari perlawanan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, selepas perlawanan menentang JDT, Sabah FC akan turut menerima kunjungan Terengganu FC pada 18 Julai dan seterusnya sebuah lagi pasukan lawan untuk pertandingan Piala FA, 23 Julai depan.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, pihak SAFA akan tetap memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19.

“Kita sekali lagi mengalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan, kekal berdisiplin dan tidak membuang sampah sarap kerata-rata.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mensasarkan sekurang-kurangnya lebih 20,000 penyokong dan peminat bola sepak akan hadir pada perlawanan kali ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|