Sabah FC tamatkan kontrak Tommy Mawat

Sabah FC tamatkan kontrak Tommy Mawat

Kota Kinabalu: Sabah FC, hari ini, mengumumkan penamatan kontrak pemain dari Sarawak Tommy Mawat Bada, berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat dalam laman Facebook kelab berkenaan, sebentar tadi.

“Sabah FC mengesahkan penamatan kontrak (secara persefahaman bersama) pemain pertahanan Tommy Mawat Bada dengan serta merta.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Tommy,” kata kenyataan itu.

Tommy, 27, antara sejumlah pemain yang diikat Sabah FC selepas Datuk Ong Kim Swee mengambil alih tugas sebagai pengendali musim ini.

Bagaimanapun, tiada sebab mengapak Tommy ditamatkan kontrak dalam kenyataan dikeluarkan Sabah FC itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|