Rundingan untuk bentuk kerajaan rosakkan demokrasi – Shafie Apdal

Rundingan untuk bentuk kerajaan rosakkan demokrasi – Shafie Apdal

Semporna: Parti Warisan (WARISAN) menyifatkan pembentukan kerajaan melalui rundingan antara parti hanya merosakkan amalan sistem demokrasi negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, melalui pendekatan itu Perdana Menteri yang dilantik bukan lagi daripada parti yang menang kerusi dengan majoriti besar.

Katanya, ia juga memperlihatkan kuasa memilih rakyat semakin terhakis kerana pembentukan kerajaan dilakukan bukan menerusi keputusan rakyat yang memilih.

“Saya ingat perkara ini bukan satu amalan yang sepatutnya dalam sistem demokrasi,” katanya ditemui pada program Sabah Bangkit Bersama Rakyat anjuran WARISAN Semporna di Pulau Larapan dan Sumande, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau sudah melalui pengalaman ketika berlaku Langkah Sheraton sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Katanya, walaupun ada parti menang dengan jumlah majoriti yang besar, belum pasti ia dapat memerintah jika ada parti lain yang mendapat sokongan daripada parti lawan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|