Puluhan juta bantuan tunai, peralatan kepada petani terjejas banjir

Puluhan juta bantuan tunai, peralatan kepada petani terjejas banjir

Beluran: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyalurkan berpuluh juta ringgit dalam bentuk bantuan tunai dan peralatan kepada sektor pertanian yang terkesan bencana alam, termasuk banjir, setiap tahun.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya sentiasa mengambil tindakan bagi mengurangkan impak terhadap tanaman dan ternakan menerusi jabatan dan agensi MAFI terutama dalam menghadapi banjir yang dijangka bermula akhir tahun ini.

Ronald menyampaikan sumbangan MAFI pada program Semarak Tani Keluarga Malaysia @ Beluran.

Beliau berkata, pihaknya sedar berkaitan bencana itu yang mungkin memberi impak lebih besar berbanding banjir sebelum ini.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan sentiasa siap siaga untuk membantu sektor agromakan dalam menghadapi bencana banjir yang melanda negara.

“Walaupun bencana ini dentiasa berlaku, tapi ‘magnitudnya’ sentiasa berbeza. Contohnya tahun lalu tahap banjir seluruh negara agak kriritkal yang memberi impak dakam sektor agro makanan.

“Banyak ternakan musnah, ladang tanaman musnah dan kita belanjakan setiap tahun kira-kira RM10 juta bagi program bantuan bencana alam kepada keseluruhan pengusaha pertanian, ternakan dan akuakultur yang terkesan akibat bencana.

“Tahun ini juga tidak banyak beza dan kita sudah bersiap siaga agar impak banjir dapat dikurangkan,” katanya pada sidang media sempena program Semarak Tani Keluarga Malaysia @ Beluran, di Pasar Tamu Beluran, di sini, hari ini.

Ronald berkata, masyarakat nelayan, petani, peladang dan penternak adalah komuniti penting yang harus dijaga sejajar dengan dasar agromakanan dan kelangsungan sekuriti makanan negara.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|