PRU15: Tuaran Bersih manifesto Jo-Anna untuk Tuaran

PRU15: Tuaran Bersih manifesto Jo-Anna untuk Tuaran

Tuaran: Misi meningkatkan tahap kebersihan di daerah ini atau ‘Tuaran Bersih’ menjadi antara fokus manifesto calon Parti Warisan (WARISAN) bagi kerusi Parlimen Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas.

Jo-Anna berkata, sesetengah pihak mungkin melihat aspek berkenaan sebagai perkara remeh, namun hakikatnya kebersihan sesuatu lokasi menjadi faktor utama menarik pelancong tempatan dan luar negara.

“Tuaran yang bersih akan mengalakkan lagi lebih ramai pelancong berkunjung sekali gus merancakkan aktiviti pelancongan selain untuk kesejahteraan rakyat di Oarlimen ini.

“Tuaran Bersih juga bermaksud tiada rasuah, jadi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih baik dan menepati kehendak rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai manifesto lain, Jo-Anna berkata ia termasuklah kemudahan infrastruktur jalan raya, bekalan air dan elektrik, rangkaian telekomunikasi serta sekolah demi kemudahan penduduk di Parlimen Tuaran.

“Begitu juga isu bekalan air di mana Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan semua pihak berwajib perlu duduk semeja dan menyelesaikan isu berkenaan secara keseluruhan.

“Bekalan elektrik yang tidak stabil akan diselesaikan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu menaik taraf semua stesen janakuasa yang terdapat di kawasan Tuaran.

“Menara telekomunikasi akan dibina di Tuaran terutama kawasan pedalaman bagi memperluaskan capaian internet penduduk dan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telco akan dilaksanakan demi memastikan kemudahan internet yang lebih baik kepada rakyat Tuaran,” katanya.

Beliau berkata, beberapa sekolah baharu sama ada sekolah rendah atau menengah perlu dibina di Tuaran sejajar pertambahan penduduknya.

Katanya, sekolah baharu perlu dibina di kawasan yang strategik bagi memudahkan perjalanan ke sekolah selain dapat mengurangkan kepadatan pelajar di sekolah yang sedia ada.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|