PRU15: Sokongan masyarakat Cina kepada BN semakin baik

PRU15: Sokongan masyarakat Cina kepada BN semakin baik

Sandakan: Sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) di Libaran dilihat semakin positif pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Calon BN Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, berkata setakat ini maklum balas yang diterima sangat menggalakkan.

Suhaimi bertemu peniaga dan orang ramai di Bandar Sibuga, Sandakan.

Katanya, perkembangan itu diharap akan diterjemahkan melalui undi pada 19 November ini kepadanya sebagai calon BN Libaran.

“Setakat ini tanda-tanda itu adalah amat menggalakkan. Misalnya dalam program-program dengan masyarakat Cina dan di sekolah-sekolah Cina,” katanya selepas Walkabout di Bandar Sibuga Batu 8, pagi tadi.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, berkata sebelum ini beliau mengagihkan pelbagai bantuan peralatan persekolahan di empat sekolah Cina dalam Parlimen Libaran.

“Bukan sahaja bantuan persekolahan dilaksanakan tetapi juga projek baik pulih, penyelenggaran perparitan dan pembentungan, menyediakan kemudahan prasarana dilaksanakan.

“Selain itu, bantuan bakul dan bantuan lain kepada masyarakat Cina juga disalurkan untuk memastikan tiada yang ketinggalan menerima sumbangan,” katanya.

Menjawab soalan media, Suhaimi menjelaskan beliau tidak pernah membeza-bezakan kaum dalam soal kebajikan rakyat.

“Saya akan terus berusaha membantu rakyat dari segi kebajikan, prasarana dan infrastruktur kepada rakyat di Libaran.

“Sekiranya diberi peluang sebagai sebagai Ahli Parlimen, saya akan menyuarakan permasalahan rakyat dalam Parlimen ini demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|