PRU15: Riduan optimis kerjasama dengan PKDM buahkan hasil positif

PRU15: Riduan optimis kerjasama dengan PKDM buahkan hasil positif

Tenom: Calon Bebas Parlimen Tenom, Riduan Rubin optimis kerjasama dengan Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) sepanjang seminggu baki kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal membuahkan hasil yang positif.

Beliau berkata, permuafakatan jenteranya selaku calon Bebas dan PKDM turut menarik minat anak-anak muda Tenom untuk menentukan undi pada 19 November ini.

“Dengan adanya kerjasama ini, saya rasa kita di landasan yang tepat untuk meraih satu keputusan positif pada hari mengundi nanti.

“Kita dalam masa sama akan membina momentum untuk memenangi hati pengundi-pengundi Tenom dengan pencerahan hala tuju yang saya bawa pada kempen di Tenom ini,” katanya ketika ditemui selepas jelajah PDM Pamilaan, Tenom, di sini.

Jelasnya, antara manifesto yang dibawakan adalah memperkasakan ekonomi setempat, sukan dan rekreasi, kerohanian, pendidikan serta pembangunan infrastruktur dan prasarana Parlimen Tenom.

“Sudah tiba masanya anak muda diangkat untuk membawa suara Tenom ke Dewan Rakyat.

“Sebagai calon Bebas dan dibantu oleh PKDM, saya berharap kita dapat melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat Tenom dan seterusnya mengangkat suara rakyat daerah ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|