PRU15: PKR umum 10 calon di Sabah

PRU15: PKR umum 10 calon di Sabah

Putatan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 10 calonnya di Sabah yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia termasuk dua penyandang iaitu Pengerusi PH Sabah yang juga Ketua Cabang Tawau, Datuk Christina Liew yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tawau dan Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari di Parlimen Putatan.

Selebihnya muka baharu iaitu Thonny Chee (Kudat), Madeli @ Modily Bangali (Kota Belud), Mustapha Sakmud (Sepanggar), Dikin Musah (Beaufort), Taufik Dahalan (Ranau), Datuk Sangkar Rasam (Pensiangan) dan Noraini Abdul Ghapur (Kalabakan).

Secara keseluruhan, PKR Sabah mendapat 11 daripada 25 kerusi Parlimen untuk ditandingi di Sabah, namun satu kerusi iaitu Kinabatangan belum diumumkan calonnya.

PKR menerima agihan terbesar kerusi dalam kalangan parti komponen PH di Sabah, diikuti DAP (tujuh kerusi), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (lima kerusi) dan masing-masing satu kerusi kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) serta Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyaksikan majlis menandatangani watikah semua 10 calon terbabit.

Setiap calon PKR dikehendaki menandatangani surat akujanji ‘bon’ RM10 juta sebagai jaminan tidak keluar parti, potongan gaji untuk parti dan deposit pilihan raya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|