PRU15: Pengundi baharu perlu bijak menilai – Shahelmey

PRU15: Pengundi baharu perlu bijak menilai – Shahelmey

Kota Kinabalu: Golongan muda, khususnya mereka yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu bijak menilai parti yang memiliki trek rekod pentadbiran dan perancangan yang baik.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia penting kerana undian yang dibuat akan menjadi penentu kepada masa depan negara ini.

“Kita mempunyai ramai pengundi muda pada kali ini, jadi saya nasihatkan ataupun berpesan kepada pengundi-pengundi muda supaya bijak memilih.

“Sebelum keluar mengundi, fikirkanlah dengan sebaiknya, kerana satu undi yang dibuat pada 19 November nanti akan menentukan masa depan lima tahun Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Gaya, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada golongan muda agar tidak menjadikan undian mereka sebagai eksperimen.

“Jangan dibuat undi secara eksperimen, tetapi undi dengan keputusan yang telah difikirkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|