Manifesto BN dekat di hati pengundi Kota Belud

Manifesto BN dekat di hati pengundi Kota Belud

Kota Belud: Aspirasi manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang dibawakan oleh BN menitikberatkan kebajikan golongan B40 di negeri ini.

Calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, mengambil contoh tawaran RM2,208 kepada golongan B40 atas tujuan pemelegaan dan seterusnya menyumbang kepada kitaran ekonomi sihat.

Calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Soal lain tidak timbul, tawaran RM2,208 yang merupakan sebahagian tawaran akujanji manifesto BN PADU amat bersesuaian dengan lanskap ekonomi kita.

“Mengambil contoh di Kota Belud, golongan berpendapatan rendah apabila mereka berbelanja menggunakan bantuan berkenaan, maka bolehlah merancakkan sektor ekonomi setempat, melibatkan penjual, pemborong dan sebagainya di mana ia secara tidak langsung mengaitkan kitaran ekonomi setempat itu sendiri, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui ketika berkempen di PDM Tamu Darat, Kampung Lasau Tintapon, Kota Belud, malam tadi.

Mengulas mengenai momentumnya pada hari kesembilan tempoh berkempen hari ini, Abdul Rahman berkata, pihaknya optimis dengan perjalanan kempen dari masyarakat setempat.

“Melihat kepada penerimaan dan sambutan, ramai dikalangan masyarakat amat positif dan maklum balas ada yang amat merindui sentuhan BN.

“Kita optimis dan berada di landasan tepat bagi memenangi hati pengundi di Kota Belud, namun kita tidak boleh leka untuk terus berkerja keras,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|