PRU15: Pengganti saya perlu lakukan lebih baik daripada saya – Maximus

PRU15: Pengganti saya perlu lakukan lebih baik daripada saya – Maximus

Kota Marudu: Penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan bahawa beliau telah membawa perubahan besar kepada kawasan ini.

Justeru, beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, siapapun yang ingin menggantikan tempatnya perlu melakukan jauh lebih baik berbanding apa yang dilakukannya.

Beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu untuk kali ketujuh berturut-turut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, berkata banyak yang dilaksanakan sejak pertama kali diletakkan sebagai calon di bawah tiket PBS 28 tahun lalu.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 itu, berkata beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkon sebagai langkah pertamanya di kawasan ini.

“Pada masa itu, Kota Marudu hanya mempunyai sebuah bank, iaitu Sabah Bank Berhad (kini Alliance Bank Malaysia Berhad) susulan penggabungan pada 1999.

“Hari ini, konstituensi ini mempunyai penambahan tiga bank – Bank Simpanan Malaysia, Agrobank dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

“Pembangunan pesat ini telah menarik francais besar untuk melabur di kawasan ini, contohnya kita mempunyai dua cawangan KFC, tiga kedai Mr DIY, Marybrown, Pizza Hut, Tealive, dan OldTown White Coffee dan Servay Supermarket terletak pafa tanah seluas empat ekar di tengah-tengah Kota Marudu, yang dipercayai antara yang terbesar di Sabah.

“Malah, orang-orang daripada daerah berdekatan seperti Kudat, Pitas, Ranau dan Kota Belud antaranya akan datang sini untuk membeli belah, terima kasih kepada jalan yang dinaik taraf seperti Jalan Marak-Parak dan Jalan Gana,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), yang berjuang keras untuk mempertahankan konstituen itu yang digelar antara daerah termiskin di negara ini, turut menegaskan Kota Marudu mempunyai lebih 60 sekolah bermula dari tadika hingga ke peringkat menengah, sebuah sekolah vokasional dan sebuah kolej komuniti.

“Untuk dipanggil sebagai salah satu daerah termiskin di Malaysia tidak sesuai. Rakyat di sini mempunyai kuasa beli sehingga kami berupaya menarik francais penting untuk melabur di sini.

“Mengatakan di sini tidak ada pembangunan, saya boleh katakan bahawa Kota Marudu pada hari ini jauh berbeza berbanding ketika 1990-an.

“Semua pembangunan ini yang tidak datang sewenangnya, kita telah membuat perancangan yang teratur. Apa yang telah kita kecapi setakat ini merupakan keinginan rakyat,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kesihatannya, Maximus memberi jaminan bahawa beliau telah disahkan sihat oleh doktor untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Dokor beritahu saya dalam kesihatan yang baik, namun saya masih perlu menjaga badan dan rehat secukupnya. Tapi menurut saya, keinginan untuk berkhidmat memberikan tenaga yang banyak.

“Saya tahu ia bukan tugas mudah, tapi saya percaya rakyat akan memberi sokongan kepada GRS untuk kebaikan negeri dan orangnya.

“Bagi saya, setelah hampir tiga dekad di sini, saya telah membuktikan kepada rakyat bahawa saya telah melakukan tugas saya untuk mentransformasikan Kota Marudu kepada ia hari ini.

“Harapan para pemilih kini sangat tinggi. Mereka yang akan mengambilnya dari saya perlu melakukan jauh lebih baik daripada saya.

“Justeru itu, hasrat saya akhirnya adalah untuk membantu pemimpin baharu melakukan kerja yang lebih baik daripada apa yang saya dan pasukan saya lakukan untuk Kota Marudu,” katanya lagi.

Maximus berdepan persaingan enam penjuru menentang Datuk Jilid Kuminding (Warisan), Datuk Wetrom Bahanda (KDM), Mohd Azmi Zulkiflee (Pejuang), Shahrizal Denci (MUDA) dan calon Bebas, Norman Tulang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|