PPM tahan tiga lelaki Filipina cuba seludup kain batik

PPM tahan tiga lelaki Filipina cuba seludup kain batik

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah Semporna berjaya mematahkan cubaan seludup keluar kain batik ke negara jiran menerusi Op Gelora Khas, di perairan Bulipatuid dan Sibangkat, semalam.

Dalam operasi kira-kira 2 petang itu, dua bot bersama tiga lelaki warga Filipina berusia 26 hingga 50 tahun turut ditahan.

Dua bot membawa muatan kain batik yang ditahan.

Kedua-dua bot yang ditahan membawa muatan 960 dan 380 helai kain batik yang dipercayai cuba diseludup ke Filipina.

Nilai rampasan bot dan kain batik dianggarkan berjumlah RM80,825.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

Kain batik yang cuba diseludup keluar ke Filipina.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan barangan rampasan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|