PRU15: Lima kerusi untuk UPKO

PRU15: Lima kerusi untuk UPKO

Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bakal meletakkan calon di lima kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Datuk Ewon Benedick, berkata kerusi terbabit ialah Tuaran, Penampang, Beluran, Libaran dan Kimanis.

Katanya, jumlah itu selepas rundingan bersama rakan PH Sabah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bagaimanapun, beliau berkata rundingan itu bukan hanya membabitkan kerusi Parlimen, datang dalam pakej iaitu termasuk untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Jadi, walaupun kita tidak dapat kerusi Parlimen tapi kita dapat DUN, jadi ia adil,” katanya ditemui media pada Program PH, di sini, malam tadi.

Senentara itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata nama calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Ewon sebelum ini sudah disahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Penampang, manakala Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran yang disandangnya sejak 1999.

Pada PRU-15 ini, UPKO akan bertanding menggunakan lambang PH.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|