Hajiji jumpa PM di Sri Gaya

Hajiji jumpa PM di Sri Gaya

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, di Sri Gaya, di sini.

Perdana Menteri tiba di Sri Gaya pada jam 3.15 petang selepas menghadiri Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Zon 3 di Kimanis.

Perjumpaan itu sempena rangka lawatan sehari Ismail Sabri ke Sabah hari ini, sebelum meneruskan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|