PRU-15: Rundingan kerusi GRS-BN beri manfaat kedua-dua pihak

PRU-15: Rundingan kerusi GRS-BN beri manfaat kedua-dua pihak

Sandakan: Rundingan pembahagian kerusi di antara Barisan Nasional (BN) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, setakat ini rundingan sedang giat dijalankan dan berjalan lancar.

“Rundingan masih berjalan untuk kita tentukan agihan kerusi, lepas itu baru kita kemukakan senarai calon kepada Pengerusi BN dan saya cukup yakin rundingan ini berjalan dengan baik serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media Program Perhimpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 5, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selaku Pengerusi BN Sabah, beliau diberi mandat oleh Presiden UMNO dan Pengerusi BN untuk berunding dengan GRS.

“Matlamatnya hanya satu iaitu untuk menang banyak kerusi dalam PRU-15 dan memastikan BN dapat merampas Putrajaya secara mutlak,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|