PRU-15: PBM tumpu kerusi disandang – Zuraida

PRU-15: PBM tumpu kerusi disandang – Zuraida

Kota Kinabalu: Bakal presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin mahu menumpukan kerusi yang disandang parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Katanya, PBM juga akan bekerja keras untuk memperkukuhkan kedudukan parti di kawasan yang dilihat kukuh sebagai persediaan untuk menghadapi PRU-15.

“Bagi kami PRU-15 semakin hampir, jadi kita akan tumpu pada kerusi yang disandang saja. Yang lain kita kena bekerja keras dan perkukuhkan kedudukan parti di kawasan yang kita kuat sebagai persediaan untuk menghadapi PRU-15.

“Sekarang kita baru saja selesai melakukan ‘roadshow’ di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, minggu hadapan di Johor dan InsyaAllah di Sabah untuk memperkenalkan parti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai permohonan PBM untuk menyertai Barisan Nasional (BN), Zuraida berkata, PBM sebuah parti yang fleksibel untuk menyertai mana-mana gabungan parti lain.

“Parti kita kukuh di peringkat akar umbi jadi kita fleksibel pada bila-bila masa untuk bergerak, kita akan uruskan apabila tiba masa ke tahap itu.

“Kami hanya parti kecil ketika ini tetapi dari segi kekuatan, saya fikir ia lebih baik dari beberapa parti lain. Jadi kami melihat kepada gabungan, kami meneliti. kita tidak bimbang kerana ada kekuatan dan ahli. Kita boleh pergi ke mana saja arah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|