PPM gagalkan penyeludupan minyak petrol, tong gas LPG

PPM gagalkan penyeludupan minyak petrol, tong gas LPG

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sebuah bot nelayan selepas dikesan disalahgunakan untuk membawa barang kawalan tanpa sebarang permit.

Bot berkenaan berjaya ditahan pihak berkuasa di kawasan laut pasar umum, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM, Wilayah Empat Sandakan Sabah, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, pasukan operasi yang sedang menjalankan tugas perondaan di kawasan itu mendapati bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Barang Kawalan yang disembunyikan di dalam bot berkenaan.

Katanya, pasukam operasi terus menahan bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan biasa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan terhadap bot berkenaan membawa kepada penemuan barang kawalan.

Bot nelayan digunakan membawa keluar barang kawalan ditahan.

“Antara yang ditemui, beberapa tong minyak petrol dan tong gas LPG,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rusdin berkata, semua barangan kawalan berkenaan terus dirampas dan bot berkenaan turut disita untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, semua nilai rampasan termasuk bot ikan berkenaan dianggarkan berjumlah RM236,570.

“Juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa barang-barang berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Rusdin berkata, disiasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu, Rusdin berkata, PPM sentiasa menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah empat Sabah di nombor 013-9391197.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan berhubung terus ke mana-mana balai polis berdekatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|