PPM gagalkan cubaan seludup 480 paket gula ke Indonesia

PPM gagalkan cubaan seludup 480 paket gula ke Indonesia

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 480 paket gula dalam Op Kontraban, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Unit Risikan Marin PPM Tawau yang melakukan rondaan di kawasan CIQ Lama menemui 10 guni yang mencurigakan ditinggalkan di tempat berkenaan.

10 guni berisi 480 paket gula ditemui di kawasan CIQ Lama Tawau, disyaki cuba diseludup keluar ke Indonesia.

Hasil pemeriksaan terhadap 10 guni itu menemui sebanyak 480 paket gula.

Tiada individu yang tampil menuntut barang berkenaan.

Gula yang ditinggalkan itu disyaki untuk diseludup keluar ke Indonesia melalui jalan laut.

Nilai rampasan gula dianggarkan berjumlah RM1,680.

Semua rampasan telah diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Tawau untuk tindakan selanjutnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|