Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan enam individu dan merampas pelbagai peralatan disyaki untuk kegiatan aktiviti mengebom ikan dalam serbuan di sebuah rumah atas air di Pulau Bum – Bum, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan oleh pegawai dan anggota PPM Semporna itu dilakukan jam 4.15 susulan maklumat risikan dan orang awam.
Pemeriksaan di dalam rumah itu menemui 15 non-electrical detenator, 33 Unit blasting cap, satu gunung fius, 16 kotak mancis dan dua gulung benang.
Turut dijumpai tiga bungkus disyaki baja ammonia.
Tangkapan dan rampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untui siasatan lanjut.
Semua barang rampasan disyaki digunakan sebgaai bahan letupan untuk kegiatan aktiviti mengebom ikan.
Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
-Deasoka