Pertandingan badminton tertutup MMT meriah

Pertandingan badminton tertutup MMT meriah

Kota Kinabalu: Media Mix Team (MMT) semalam, telah menganjurkan pertandingan badminton yang berlangsung di Olympia Badminton Arena, Inanam, dekat sini.

Pertandingan itu disertai 6 beregu yang terdiri daripada ahli MMT iaitu petugas media, artis tempatan dan rakan media lain.

Penyanyi tempatan popular S Welly yang bergandingan dengan Alex Duin muncul juara pertandingan itu selepas memenangi kesemua lima aksi.

Tempat kedua pula dimenangi beregu Fardy Bungga dan Alex Ndok manakala tempat ketiga disandang beregu Junaidi Ladjana dan Noddy.

Sementara itu, tiga lagi beregu iaitu Willie Jude dan Dean Andrew, Greg Rozario dan Julius Sing serta Ijam dan Sapip masing-masing mendapat tempat keempat, kelima dan keenam.

Terdahulu, Willie yang juga Presiden MMT berkata, pertandingan badminton itu diadakan bagi mengisi hujung minggu dengan bersukan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli MMT.

“Biasanya MMT mengadakan perlawanan bola sepak tapi kali ini kita membuat sedikit kelainan dengan menganjurkan pertandingan badminton dan program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang, mungkin lepas ini kita anjur pertandingan pool, boling dan lain-lain.

“Bagi pihak MMT, saya juga ucap terima kasih kepada penaja kami termasuk Naib Presiden KDM Henry Soimpon dan beberapa lagi yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|