Persidangan DUN: 288 ketua adat wanita dilantik bagi sesi 2020-2023

Persidangan DUN: 288 ketua adat wanita dilantik bagi sesi 2020-2023

Kota Kinabalu: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri melantik seramai 288 orang ketua adat wanita bagi sesi 2020 – 2023.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6 peratus, berbanding hanya 266 Ketua Adat wanita dilantik bagi sesi 2018-2020.

“Ini merangkumi Ketua Daerah (KD) 1 orang, Ketua Anak Negeri (KAN) seramai 16 orang, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) 89 orang.

“Manakala, Ketua Kampung (KK) 170 orang dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) 12 orang,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Jannie Lasimbang (DAP – Kapayan) mengenai inisiatif-inisiatif yang sudah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai Ketua adat/kampung.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada sesi 2020 2023, terdapat seorang penyandang jawatan Ketua Daerah wanita yakni Puan Edna Majimbun yang telah dilantik sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu.

“Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Daerah di Negeri Sabah.

“Kementerian saya mengambil serius penglibatan wanita dan akan memastikan lebih ramai penglibatan wanita dalam urus tadbir ketua adat bagi sesi akan datang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|