Persatuan Triton 4×4 Community Sabah tampil bantu mangsa kebakaran

Persatuan Triton 4×4 Community Sabah tampil bantu mangsa kebakaran

Kota Kinabalu: Nasib dua keluarga dari Kampung Tatahan 2, Inanam, di sini, yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah terbakar, 25 November lalu kian terbela apabila menerima satu lagi sumbangan hasil kutipan derma ahli-ahli Persatuan Triton 4×4 Community Sabah.

Sumbangan wang tunai dan makanan itu disampaikan oleh Presiden kelab berkenaan, Willbert B William di Dewan Kampung Tatahan, di sini, semalam.

Wilbert ketika ditemui berkata, bantuan berkenaan diberikan kepada dua keluarga mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.

“Saya berterima kepada semua ahli-ahli yang ringan tangan membantu sebaik dimaklumkan mengenai kejadian bencana ini.

“Ini membuktikan, apabila melibatkan bencana dan kesusahan, rakyat akan prihatin serta tampil memberi bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Turut hadir menyampaikan sumbangan penyelaras Chaderick Ligadu, Vinod Khanna A/L Vijayan dan Liaw Lit Teck

Menurutnya, semua mangsa kebakaran diminta bersabar dengan dugaan kali ini dan percaya masih ramai pihak yang akan tampil untuk membantu merka yang dalam kesusahan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|