Perbicaraan kes Ebit Lew bersambung 20-22 Disember

Perbicaraan kes Ebit Lew bersambung 20-22 Disember

Kota Kinabalu: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersambung semula di Mahkamah Majistret Tenom pada 20 hingga 22 Disember ini.

Sebelum ini, perbicaraan kes itu sudah berlangsung selama empat hari pada 27 hingga 30 September lalu.

Setakat ini, pihak pendakwaan sudah memanggil tiga saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ia susulan laporan polis terhadapnya yang dibuat pada 7 Ogos tahun lalu.

Berikutan itu, Ebit dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ebit bagaimanapun tidak mengaku salah terhadap semua 11 pertuduhan berkenaan sebelum dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|