KPF 2022 himpun pencinta fotografi tempatan, antarabangsa

KPF 2022 himpun pencinta fotografi tempatan, antarabangsa

Kota Kinabalu: Acara tahunan Festival Foto Kinabalu (KPF) 2022 merupakan antara platform terbaik dalam menghimpunkan pencinta fotografi dalam dan luar negara.

Selain memberi pendedahan kepada ilmu fotografi, ia juga menjadi antara ruang dan peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menceburi bidang berkenaan.

Koordinator Foto Harian Metro, Shahrul Mohd Zain (kanan) bersama Foto Editor Padu Photo Agency, Supian Ahmad ketika sessi Photo Sharing di Akinabalu Youth Hostel bersempena Kinabalu Photo Festival kali ke tujuh.

Pengasas KPF, Mohd Idremzizan Idris berkata, mereka amat komited dalam memberikan pendedahan dan melahirkan bakat baru bidang berkenaan.

Katanya, usaha itu penting bagi melahirkan generasi jurugambar pelapis yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Pengasas KPF Mohd Idremzizan Idris (kanan) memberi perkongsian tentang Kinabalu Photo Festival kepada peserta yang hadir di Akinabalu Youth Hostel Kota Kinabalu.

“Penganjuran festival ini bakal mengumpulkan semua peserta dari seluruh pelusuk dunia untuk berkumpul dan secara automatik membawa nama Sabah ke peringkat dunia.

“Dalam KPF, kita juga memberi pendedahan kepada pelajar dan mereka yang meminati dan mahu belajar, terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendekati fotografi atau videografi.

Pegawai Media Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri Sabah, Irwan Majid (kanan) bersama Foto Editor Padu Photo Agency, Supian Ahmad ketika sessi Photo Sharing di Akinabalu Youth Hostel bersempena Kinabalu Photo Festival kali ke tujuh.

“Kita akan ada Street Photography, Studio Photoshoot, Sembang Kinabalu dan Cerita Videography.

“Alhamdulillah perkongsian Ilmu pendidikan tentang semua genre Fotografi Digital sempena KPF 2022 berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pemaran ketika Festival Foto Kinabalu (KPF) 2022 Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.

Mohd Idremzizan berkata, penganjuran kali ini merupakan kali ketujuh ia diadakan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014.

Jelasnya, program itu yang berlangsung pada 13 hingga 23 Disember mengangkat tema “Native” dan penyertaannya terbuka kepada mana-mana agensi dan jabatan kerajaan serta institut pendidikan.

Sebahagian penceramah meluangkan masa bersama bersempena Kinabalu Photo Festival kali ke tujuh di Lintasan Deasoka.

“Kami mengalu-alukan pihak agensi kerajaan dan swasta untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan fotografi di kalangan masyarakat tempatan, khusunya mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Saya percaya, di setiap agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dengan adanya media yang membawa naik sebab kepentingan gambar dalam kehidupan mahupun peringkat politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa, Photo Screening akan diadakan semasa Malam Penutupan KPF iaitu pada 23 Disember ini.

“Oleh itu, jangan lupa untuk menghadiri dan menyaksikan Malam Penutupan KPF pada 23 Disember ini bertempat di Lintasan Deasoka, bermula jam 8.30 malam.

“Dimana hasil dan aktiviti sepanjang KPF berlangsung itu akan dipertontonkan kembali dan kali ini, screening daripada Korea Selatan dan rakan rakan di Semanjung Malaysia akan dikongsikan. Moga terhibur dengan persembahan daripada mereka,” katanya lagi.

Turut hadir beberapa penceramah terkenal dalam bidang fotografi, antaranya ialah Mentor KPF yang juga jurugambar media antarabangsa, Shamsharin Shamsuddin dan Koordinator Foto Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Sharul Mohd Zain.

Selain itu, Photo Editor Padu Photo yang juga merupakan alumni, Ahmad Supian serta Pegawai Media Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri Sabah, Irwan Majid yang juga merupakan bekas pemenang photojournalist Anugerah Photo Global Award dan anak tempatan Sabah.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, boleh melawati laman web mereka di www.kinabaluphotofestival.com.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|