Kota Kinabalu: Deasoka.Com membolot satu hadiah utama selain tiga anugerah merit dalam tahun pertama penyertaan Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2022, di sini, malam ini.
Hadiah utama dimenangi wartawan Junaidi Ladjana dan Fardy Bungga bagi kategori Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar.

Anugerah berkenaan dimenangi menerusi satu siri laporan bertajuk ‘11 penyu hijau dibunuh dengan kejam’.
Manakala tiga hadiah merit pula bagi kategori Anugerah Laporan Perniagaan dan Ekonomi, Anugerah Penulisan Berita serta Anugerah Laporan Sukan.

Hadiah utama disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang hadir mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis yang berlangsung di Hotel Pacific Sutera, di Kota Kinabalu, malam ini.
Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar.
-Deasoka