Pengsan ketika daki Bukit Padang

Kota Kinabalu: Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita yang pengsan ketika mendaki Bukit Padang di Taman Tun Fuad, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan pengsan ketika mendaki bukit berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu 8.28 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera penyelamat dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, wanita itu tidak sedarkan diri dipercayai ketika menjalankan aktiviti mendaki bukit (hiking).

“Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berada di lokasi memberi rawatan awal pada mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa turun oleh pasukan bomba menggunakan scoop stretcher.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.20 pagi tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|