Pendaki Gunung Kinabalu cedera terseliuh diselamatkan

Pendaki Gunung Kinabalu cedera terseliuh diselamatkan

Ranau: Seorang pendaki diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan ketika menuruni gunung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki warga tempatan terbabit dilaporkan cedera terseliuh di kaki dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.

Lelaki warga tempatan terbabit dilaporkan cedera terseliuh di kaki dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan. Video ihsan Bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai termasuk Mosar serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya diangkat turun ke Laban Rata menggunakan kaedah ‘piggy pack carry’ sebelum dibawa ke Timpohon Gate menggunakan Strecther oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar pasukan EMRS ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|