Pendaftaran GRS satu jajaran baharu dalam politik Sabah

Pendaftaran GRS satu jajaran baharu dalam politik Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran baharu dalam situasi politik di negeri ini.

Pengerusi GRS itu berkata, ia adalah satu perkembangan yang bersejarah kepada politik di Sabah dan diharap dapat menyatukan parti politik di Sabah.

Peter menyampaikan surat permohonan untuk menyertai GRS kepada Hajiji.

“Ini adalah satu perkembangan yang amat bersejarah, satu jajaran politik baharu di Sabah dan kita harap dengan pendaftaran ini, kita akan lebih dapat menyatupadukan lagi parti-parti yang ada di Sabah yang berminat bersama-sama berjuang dalam GRS ini,” katanya kepada media selepas melancarkan parti parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC, di sini, di sini, hari ini.

Katanya lagi, gabungan itu akan digunakan untuk membangunkan Sabah untuk lebih maju ke hadapan sesuai dengan keadaan politik Sabah ketika ini.

“Kita akan guna gabungan ini untuk kita berjuang membangunkan negeri Sabah seperti mana sekarang ini kita panggil kerajaan GRS dan dengan ini, kita mempunyai satu entiti atau satu jajaran baharu politik bahari di Sabah, ini satu yang rasa cukup sesuai dalam keadaan politik Sabah hari ini,” katanya.

Hajiji hari ini mengumumkan GRS sudah didaftarkan sebagai sebuah parti politik rasmi dan sah di negeri ini.

Beliau memaklumkan bahawa GRS sudah diluluskan pendaftarannya pada Jumaat lalu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Hadir sama, Presiden KDM, Datuk Peter Anthony dan timbalannya, Datuk Juil Nuatim.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|