GRS sah sebagai parti politik rasmi di Sabah: Hajiji

GRS sah sebagai parti politik rasmi di Sabah: Hajiji

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini sah sebagai parti politik rasmi di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu selepas pendaftaran GRS diluluskan pada Jumaat lalu.

“Saya telah terima sijil kelulusan pendaftaran parti GRS iaitu pada Jumaat lalu dan pendaftaran ini dibuat sebagai menyahut permintaan rakyat yang ingin melihat GRS bergerak sebagai satu entiti politik yang sah dan rasmi sebagai badan gabungan parti-parti yang ada di Sabah.

“Hasrat kita ialah untuk melihat negeri Sabah terus makmur dengan perpaduan serta kestabilan yang dapat mendorong agenda pembangunan kita, tiadamasa lebih sesuai selain sekarang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC, di sini, pada hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi GRS juga mengajak semua pihak menghapuskan politik negatif dalam usaha memajukan Sabah.

“Marilah kita hapuskan politik negatif dan remeh temeh dan berbekalkan sumber dan kekuatan marilah kita sama-sama junjung mandat yang rakyat berikan kepada kita untuk kemakmuran negeri Sabah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|