Beaufort: Hanya media diperakui saja dibenarkan membuat liputan di kawasan mencari dan menyelamat adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di sini, sejak Sabtu lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarga mangsa, tindakan itu dibuat berikutan terdapat pihak yang membuat kenyataan yang tidak benar.

Malah katanya, ada juga pihak yang hanya sekadar mengambil kesempatan untuk membuat ‘contentβ di media sosial walaupun tidak berada di lokasi.
βSelain itu, kami menyedari ada juga pihak yang mengambil kesempatan walaupun tidak ada sebarang persetujuan daripada pihak keluarga mangsa.
βIa bagi menghormati keluarga Baby Jude Angel yang masih bersedih dengan kejadian ini,βkatanya ketika ditemui, hari ini.
Menurutnya, sekiranya ada pihaknya yang ingin menyumbang, ia boleh disalurkan menerusi akaun Public Bank 4975230222 atas nama Jurimi Sundang.
-Deasoka
