Pemindahan kuasa kawal selia gas kepada Sabah langkah yang baik – Hajiji

Pemindahan kuasa kawal selia gas kepada Sabah langkah yang baik – Hajiji

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan keputusan Putrajaya memindahkan kuasa kawal selia pembekalan gas kepada Sabah sebagai langkah ke hadapan bagi merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sambil mengalu-alukan keputusan itu, Hajiji berkata perkara berkenaan sememangnya sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyatnya.

“Kerajaan negeri tidak berganjak dalam usaha kita untuk mengawal dan mengurus sumber minyak dan gas di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau membangkitkan keperluan untuk menunaikan MA63 ketika pertemuan pertama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Anwar yang mengumumkan keputusan itu hari ini berkata tarikh pelaksanaan bagi pemindahan kawal selia itu akan dibuat selepas beliau mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sejurus mendapat perkenan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mengadakan persidangan khas untuk melulus dan mewartakan usul negeri Sabah berkaitan pembekalan gas.

Selepas itu, Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia pembekalan gas atas pesisir (regasifikasi, transmisi, pengagihan, penggunaan gas lesen swasta dan peruncitan) di Sabah berkuatkuasa serta merta.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|