Kes Ebit Lew: Mahkamah tolak permohonan tidak benarkan media lapor perkataan sensitif

Kes Ebit Lew: Mahkamah tolak permohonan tidak benarkan media lapor perkataan sensitif

Tenom: Mahkamah Majistret, di sini, menolak permohonan peguam bela Ebit Lew untuk mengenakan perintah larangan kepada media daripada melaporkan perkataan sensitif yang disebut dalam mahkamah sepanjang perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew.

Perkara itu diputuskan selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada prosiding hari ini.

Dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan berpandangan bahawa media mempunyai hak untuk melaporkannya.

“Kes ini dibicarakan dalam mahkamah awam dan bukti diberikan dalam mahkamah awam. Media tidak boleh bersifat selektif dalam memilih atau memutuskan perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu.

“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan permintaan itu,” katanya sebelum memulakan pemeriksaan balas terhadap saksi ketiga, Firdaus Wong, hari ini.

Terdahulu, peguam bela Ebit Lew, Ram Singh memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah larangan terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan atau bukti yang sensitif dalam mahkamah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|