Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu gambar lucah milik pengadu atau orang lain

Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu gambar lucah milik pengadu atau orang lain

Tenom: Saksi kes gangguan seksual membabitkan penceramah Ebit Lew memberitahu mahkamah dia tidak mengetahui sama ada pengadu dalam kes itu ada menghantar gambar lucah kepada tertuduh.

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong, berkata pengadu tidak pernah memberitahunya berhubung perkara itu.

“Malahan saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan. Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payudara pengadu atau orang lain,” katanya.

Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi pemeriksaan semula ketika prosiding perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.

Pagi tadi Firdaus memberitahu mahkamah bahawa kumpulan Whatsapp NOBODY yang diwujudkannya sudah tidak aktif selepas semua aduan mangsa berkaitan kes itu dikendalikan pihak polis.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|