Pemandu cedera, kereta musnah terbakar

Pemandu cedera, kereta musnah terbakar

Kota Kinabalu: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh bulatan jalan dan terbakar di Jalan Kolombong, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.30 pagi.

Anggota Bomba memadamkan kebakaran membabitkan kemalangan kereta Toyota Vios di Jalan Kolombong, Kota Kinabalu. Pix Ihsan Bomba

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudian dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kereta jenis Toyota Vios yang telah merempuh bulatan jalan dan terbakar sepenuhnya.

Kebakaran membabitkan kereta Toyota Vios yang musnah selepas merempuh bulatan di Jalan Kolombong, awal pagi tadi. Pix Ihsan Bomba

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos jentera dan dua alat pemadam api,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemandu cedera dibahagian kepala dan menerima rawatan awal dari anggota EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 1.46 pagi dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|