Peka keselamatan ketika berdepan penjenayah

Peka keselamatan ketika berdepan penjenayah

Papar: Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mengambil tindakan membahayakan diri ketika berdepan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, polis amat menghargai kerjasama dan bantuan orang awam dalam menyalurkan maklumat.

Katanya, ia amay membantu dalam penugasan PDRM untuk menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan masyarakat hodup dalam keadaan aman damai.

“Bagaimanapun, dalam masa sama masyarakat perlulah sentiasa peka lebih-lebih lagi berkenaan isu keselamatan apabila menghadapi detik cemas terbabit.

“Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keberanian yang ditunjukkkan oleh orang awam dalam membantu pihak PDRM bagi membenteras penjenayah di daerah ini khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Penghargaan kepada orang awam yang membantu menangkap suspek kes samun, baharu-baharu ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Papar.

Batholomew berkata, dalam keadaan berhadapan dengan penjenayah, orang awam perlu mengutamakan keselamatan diri dan berhati-hati bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada diri sendiri.

Sementara itu, Batholomew berkata, majlis yang diadakan itu adalah sebagai penghargaan kepada pihak yang berani membantu pihak PDRM membenteras kes jenayah di daerah ini.

Katanya, kerjasama ini bukti kepada hakikat slogan polis dan masyarakat berpisah tiada.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|