Pasukan Starlight juara Piala BML

Pasukan Starlight juara Piala BML

Kota Kinabalu: Pasukan Starlight menerima hadiah RM10,000 selepas muncul juara Kejohanan Berpasukan BML Badminton Mega League yang dianjurkan BBC Booster Badminton Club, malam tadi.

Bagi tempat kedua kejohanan yang berakhir semalam itu pula dimenangi oleh pasukan Kepayan Bravo dan menerima hadiah sebanyak RM6,000.

Pasukan Starlight menerima hadiah RM10,000 selepas muncul juara Kejohanan Berpasukan BML Badminton Mega League yang dianjurkan BBC Booster Badminton Club.

Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Legend KKBC dan sekaligus membawa balik hadiah sebanyak RM4,000.

Seterusnya, bagi tempat keempat hingga tempat keenam pula dimenangi pasukan Pan’s Academy, pasukan VPC @ Alliance dan pasukan Extreme.

Untuk rekod, kejohanan yang diadakan di Olympia Badminton Arena itu berlangsung selama tiga bulan dan disertai sebanyak 13 pasukan.

Perlawanan yang diadakan setiap minggu sejak Ogos lalu itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM25,000.

Sementara itu, Penganjur kejohanan, Jacko Pan berkata, tuiuan utama penganjuran liga badminton itu bukan saja mewujudkan platform perhubungan antara peminat sukan berkenaan tetapi juga mencari bakat baru.

Katanya, ia bagi menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mengasah bakat selain mencipta pentas yang lebih besar untuk ke peringkat seterusnya.

“Kita berharap, selepas ini lebih ramai peminat dan pemain badminton tampil memberi sokongan kepada penganjuran kejohanan berprestij ini yang dijangka diadakan pada Jun tahun depan.

“Kita mahu mencipta lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda untuk mencapai matlamat sukan negara kita dengan melahirkan pemenang pingat emas sukan olimpik,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|