Pasukan bola tampar Sabah Rhino intai kemenangan di Sooka Super Series Volleyball

Pasukan bola tampar Sabah Rhino intai kemenangan di Sooka Super Series Volleyball

Kuala Lumpur: Selepas mendapat tempat kedua di kejohanan sebelum ini dalam aksi menentang Selangor, pasukan bola tampar negeri Sabah kini dalam misi untuk memburu kejuaraan di kejohanan terbuka Malaysia , Sooka Super Series Volleyball yang bertempat di Dewan Besar Tanjung, Selangor.

Pengurus Pasukan Bola Tampar Sabah Rhino, Mohd Fikri Abdul Manan berkata, seramai 12 orang pemain diberi kepercayaan untuk menyahut cabaran tersebut termasuk tiga orang pemain import dari Thailand.

“Tiga pemain dari Thailand tersebut ialah Pinkaew Prasert, Nuwadee Kittihad dan Konhan Amorntep,” katanya.

Manakala pemain tempatan terdiri daripada Mohd Asri Bin Muharia, Tirana Bin Kelana, Mohammad Khairi Bin Abdul Manan, Shahrizan Bin Abdul Hattam, Sahdan Aidil Bin Ladah, Mohd Sufri Bin Abdullah, Mohd Dzul Shukrie Bin Abdul Majid,, Azrin Izani Bin Arman dan Adrian Tan Phang Han.

Mereka semua ditemui Deasoka, ketika di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Khamis selepas selesai sesi latihan di Semporna selama seminggu.

Fikri menambah, pihak mereka dan pasukan itu akan berkampung dan beraksi selama sebulan di semenanjung.

Aksi perlawanan pertama mereka akan menentang pasukan Sarawak pada 15 Oktober ini dan pertandingan akhir akan berlangsung pada 6 November 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|