Nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan

Nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan

Sipitang: Seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila disedari tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di muara sungai di Kampung Merintaman, di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Nordin Yusof dilaporkan keluar ke sungai sejak semalam dan gagal dikesan sehingga kini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan kehilangan seorang nelayan.

“Menurut pemanggil mangsa belum pulang ke rumah sejak dari tarikh semalam dan dikhuatiri hilang di kawasan muara sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi sudah mendapatkan maklumat berhubung mangsa untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|