1,626 mangsa terjejas air pasang besar, banjir dilaporkan setakat 8 pagi ini

1,626 mangsa terjejas air pasang besar, banjir dilaporkan setakat 8 pagi ini

Kota Kinabalu: Trend semasa situasi air pasang besar dan banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, dengan seramai 1,626 mangsa daripada 366 Ketua Isi Rumah (KIR) dilaporkan setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, empat daerah kekal menjadi antara yang terjejas dengan fenomena tersebut.

“Pitas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 745 mangsa, diikuti dengan Sandakan (684 mangsa), Kota Belud (143 mangsa) dan Kota Kinabalu (54 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keadaan semasa PPS yang menempatkan mangsa banjir di Kota Belud

Sementara itu, jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terkesan ini kekal sebanyak 10 buah.

“”Terdapat enam PPS aktif di Pitas, iaitu Balai Raya Agropolitan Kg. Pinggan-Pinggan (277 orang), Dewan Kg. Mempakad (163 orang), dan Dewan Terbuka Kg. Rosob (156 orang).

“Selain itu, ialah Gereja SIB Kg. Luntuk (79 orang), Dewan SMK Pinggan-Pinggan (57 orang) dan Dewan Terbuka Kg. Salimpodon (13 orang).

“Manakala, di Kota Belud, terdapat dua PPS beroperasi iaitu Dewan SJK (C) Chung Hwa (81 orang) dan Dewan SK Pekan (62 orang).

“Sementara di Kota Kinabalu dan Sandakan masing-masing kekal dengan satu PPS aktif, iaitu Dewan Muhibbah Sembulan (54 orang) dan SK Sungai Anib 2 (684 orang),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|