Myvi musnah terbakar

Myvi musnah terbakar

Ranau: Sebuah kereta Perodua Myvi musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Simpang Kauluan, Kundasang, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.08 tengah hari.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kereta Perodua Myvi terbakar sepenuhnya.

“Tiada mangsa terbabit dilaporkan,” katanya dalam kenyataaan media, hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada 12.45 tengah hari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|