Mesyuarat BERSATU Tuaran bincang persidangan bahagian, PRU-15

Mesyuarat BERSATU Tuaran bincang persidangan bahagian, PRU-15

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian itu di pejabat parti itu, di sini, semalam.

Mesyuarat itu membincangkan persiapan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran yang akan diadakan bulan Oktober ini, selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali; Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman; Ketua Srikandi Bahagian, Datuk Jamaliah Antalip dan ahli-ahli jawatankuasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|