Mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 719 orang

Mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 719 orang

Pitas: Jumlah mangsa banjir di daerah ini terus meningkat pagi ini kepada 719 orang mangsa membabitkan 236 keluarga.

Setakat jam 9.30 pagi tadi, bilangan berkenaan bertambah berbanding 386 mangsa daripada 117 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Pekan Pitas II, Pitas.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan sudah dibuka bagi menempatkan semua penduduk terjejas banjir.

“Seramai 510 mangsa melibatkan 170 keluarga kini berada di PPS Dewan Kampung Sinukab manakala 81 orang penduduk membabitkan 29 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll.

“Selain itu, PPS Dewan Kampung Kusilad menempatkan 73 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga dan seramai 55 mangsa meliputi 17 keluarga berada di PPS Dewan SK Rukom,” katanya dalam kenyatakan media, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, jurucakap APM menasihatkan penduduk kampung khususnya di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Hubungi pihak berkuasa dengan kadar segera sekitar memerlukan bantuan untuk berpindah ke kawasan lebih selamat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|