Mangsa air pasang besar di Sandakan kekal 644 orang

Mangsa air pasang besar di Sandakan kekal 644 orang

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa yang terkesan susulan fenomena air pasang besar di Sandakan kekal seramai 644 mangsa, setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, angka itu membabitkan sebanyak 112 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Kesemua mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Anib 2 sehingga keadaan beransur pulih.

“Setakat ini, angka itu membabitkan seramai 316 dewasa dan 328 kanak-kanak,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, sebanyak enam PPS di Pitas telah diisytiharkan tutup dan mangsa dibenarkan pulang selepas cuaca semakin baik dan keadaan diisytihar selamat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|