Majlis Ihya Ramadan bersama penduduk Kampung Lapasan, Telipok

Majlis Ihya Ramadan bersama penduduk Kampung Lapasan, Telipok

Sepanggar: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan turut sama memeriahkan Majlis Ihya Ramadan bersama penduduk Kampung Lapasan, Telipok, dekat sini, petang semalam.

Yakub bersama jemaah Masjid Al-Fattah Kampung Lapasan sempena Majlis Ihya Ramadan.

Majlis anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Al Fattah Kampung Lapasan itu turut diisi dengan program gotong royong memasak bubur lambuk yang diagihkan kepada penduduk kampung.

Yakub mengagihkan bubur kepada penduduk Kampung Lapasan sempena Ihya Ramadan di kampung itu.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berbuka puasa bersama penduduk kampung dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih bersama jemaah Kampung Lapasan.

Sebahagian penduduk Kampung Lapasan yang hadir mengimarahkan Majlis Ihya Ramadan bersama Yakub di Kampung Lapasan.

Pada majlis itu, Yakub turut mengagihkan bubur untuk berbuka puasa kepada penduduk kampung selain sumbangan kepada golongan memerlukan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|