Mail Sundongi Ketua Polis Daerah Sipitang baharu

Mail Sundongi Ketua Polis Daerah Sipitang baharu

Sipitang: Deputi Superintendan Mail Sundongi dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Sipitang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Majlis serah terima tugas itu dijalankan antara Mail dan Asisten Superintendan Mohd Zulkiflee Mohd Yaacob yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selepas kenaikan pangkat ketua polis daerah sebelumnya, Superintendan Champin Piuh.

Hadir menyaksikan majlis serah terima tugas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, di sini, adalah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah

Majlis turut dihadiri Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Datuk Zabidi Md Zain dan Ketua Biro Kebajikan PERKEP Sabah, Asisten Komisioner Mohd Azmi Omar.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata, semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Sipitang khususnya, digalakkan supaya sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat.

Katanya, ia boleh dilakukan menerusi aktiviti
Kepolisan Komuniti antara program berbentuk kesukanan dan keagamaan yang seiring dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada’.

“Ini sekali gus dapat mengeratkan lagi wasilah dan silaturrahim antara PDRM Sabah dan masyarakat setempat,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,671 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!